Thursday, 29 August 2019


Faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan pengeluaran hasil tanaman


Pengenalan
Faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan hasil tumbuhan ialah iklim, tanah dan biosis. 


1. IKLIM 
Faktor iklim yang tidak sesuai untuk sesuatu tumbuhan akan mengehadkan pertumbuhannya. Keadaan iklim yg baik meningkatkan pengeluaran manakala keadaan iklim yang sebaliknya menyebabkan kerugian.Empat unsur iklim ialah cahaya, suhu, hujan, dan angin.


 CAHAYA - Fotosintesis
 -Satu proses tumbuhan menghasilkan karbohidrat dan oksigen daripada karban dioksida, air dan tenaga cahaya matahari.
 - Proses ini berlaku dalam kloroplas.
 - Dalam kloroplas terdapat klorofil. Klorofil berfungsi memerangkap tenaga dari cahaya matahari.


2. TANAH 





 













Komponen Tanah
1. Bahan mineral   --  45 %
2. Air                     --   25 %
3. Gas                   --   25%
4. Bahan organik   -- 5%

Kepentingan Tanah
 1.   Memberi sokongan mekanik kepada akar
 -  cengkaman akar menyebabkan tumbuhan tumbuhan
 -dapat terima cahaya untuk menjalankan proses fotosintesis

2.   Membekal nutrien kepada tumbuhan
 - tanah simpan nutrien
 - sebahagian berbentuk bahan organik yang dibebas apabila reput.
 -baja yang diberi bertindakbalas dengan kumin tanah dan disimpan dalam tanah.

3.   Membekal oksigen dan air kepada tumbuhan
 - CO2 lebih banyak kerana terhasil dari respirasi akar, respirasi organisma tanah dan pereputan bahan organik.

3. BIOSIS 
Jenis organisma

Jenis organisma
          Ciri

Virus 
     ·       Binaan ringkas
     ·       Hidup dalam sel hidup sahaja
     ·       Berbentuk polihedral, rod, spiral dan bebola
     ·       Mengarahkan sel perumah membentuk virus baru
Bakteria
     ·       Bersel tunggal
     ·       Berbentuk rod
     ·       Mempunyai flagelum (bebenang) untuk bergerak
     ·       Hidup sebagai parasit atau saprofit

Kulat
     ·       Tidak mempunyai klorofil
     ·       Hifa – menghasilkan spora, cara utama menyerang tanaman
     ·       Saprofit
Nematod
     ·       Berbentuk selinder, licin tanpa segmen atau kaki
     ·       Mencucuk dan menghisap cecair tumbuhan menggunakan spilet

Serangga
     ·       Invertebrata
     ·       Badan bersegmen – kepala, toraks dan abdomen
     ·       Mempunyai tiga pasang kaki dan satu atau dua pasang sayap
Rumpai
     ·       Persaingan mendapatkan cahaya, air , nutrien dan ruang



Organisma
Takrif
Parasit
Organisma yang mendapat faedah daripada perumah / mendapat makanan dari perumah.
Patogen 
       Organisma penyebab penyakit seperti bakteria, kulat dan virus
Saprofit
Organisma yang bergantung hidup pada perumah yang telah mati / mendapat makanan dari bahan yang reput
Vektor
               Organisma pembawa patogen / punca penyakit

Kepentingan ekonomi organisma


         Organisma
Kesan manfaat
      Kesan berbahaya

 Virus
    Agen pengawal perosak
          Menyerang larva rama-rama,kupu-kupu, kumbang ,belalang dan hama
Agen penyebab penyakit
Contoh penyakit merah pada padi dan bintik cincin pada betik
Disebar kpd tumbuhan sihat oleh
o      Vektor spt afid, lelompat daun, nematod dan kulat
o      Biji benih yang dijangkiti virus
o      Peralatan ladang tercemar virus
o      Pekerja yang bekerja diladang


     Bakteria
Penguraian bahan organik
Pengikatan nitrogen oleh bakteria yang hidup bebas spt Azotobacter danRhizobium yang bersimbiotik dengan pokok kekacang
    Penitratan oleh bakteriaNitrobacter danNitrosomonas
    Bakteria Bacillus thuringiensis adalah agen pengawal biologi

 Serang/memasuki tanaman melalui stoma, lentisel, bunga dan luka
       Dibawa oleh serangga atau disebar oleh biji benih
            Contoh penyakit
     – Hawar daun(padi) oleh     
       Xanthomonas spp


Kulat
    Agen pengurai bahan organik
    Kulat mikoriza bersimbiotik dengan akar pokok ru, jagung dan bawang.bantuakar tumbuhan mengambil nutrien fosforus,  bantu biji benih orkid bercambah  dan hubungan kekal dengan akar udara orkid.
              Memerangkap nematod dalam tanah
    Mengawal serangga
       Memasuki tumbuhan melalui luka,stoma,kutikel, dan epidermis.
      Contoh penyakit – reput batang dan cendawan angin


      Nematod







    Membantu mengurai bahan organik
    Mengawal serangga
    Mengawal bakteria, kulat dan nematod lain
 Rembesan air liuh mencedera tisu akar
          Interaksi nematod           dengan organisma lain
Pembawa virus
Contoh penyakit bengkak akar

      Serangga
    Membantu proses pendebungaan
    Memperbaiki keadaan tanah
              Pemangsa kepada perosak
-       Merosak tanaman
-       Membawa pelbagai penyakit
-       Contoh perosak padi  – bena perang dan kelapa sawit – kumbang tanduk
-       Jenis mulut menggigit dan mengunyah seperti larva kupu-kupu kumbang,lalat, kumbang dewasa dan belalang
-       Mulut mencucuk dan menghisap seperti afid, bena hijau, teritip, pianggang dan lelompat daun.


     Rumpai
              Mencegah hakisan tanah
    Membekalkan makanan dan tempat perlindungan musuh semulajadi perosak
       Bersaing dengan tanaman untuk mendapatkan cahaya,air,ruang dan nutrien
       Hasil yang bercampur dengan rumpai dan biji benih rumpai merendah mutu hasil
       Tempat perlindungan perosak dan penyakit tanaman



No comments:

Post a Comment